Arduino – Jom Program! Projek!
Untuk projek
ini, pihak USM akan menjadi mentor kepada sepanjang program ini seperti yang
dipersetujui pada perbincangan bersama Cikgu Norma, Cikgu Fazli, En Zihad dan
En Ismail pada 5/1/2016 di SKSI.
Konsep yang
akan diterangkan adalah “Inovasi dan Kreativiti di aplikasikan di SKSI”.
Konsep ini akan
melibatkan penglibatan pelajar dan guru dalam mengenal pasti isu yang berkenaan
dengan topik yang relevan, mencerap dan menganalisis data melalui pemerhatian,
membina prototaip di makmal, aplikasi prototaip di luar makmal/ bilik darjah, dan
mencerap data.
Bantuan guru
guru untuk memastikan elemen di atas berjalan adalah tersangat penting kerana
guru akan menjadi pembimbing sepanjang program ini berlangsung.
Fasilitator 1: Engr Mohamad Zihad Mahmud (PPK Aeroangkasa, USM)
Fasilitator 2: En Ismail Mohamed Shorhami (PPK
Aeroangkasa, USM)
2.0 Objektif
i.
Memperkenalkan arduino kepada murid
yang belum pernah menghadiri kelas.
ii.
Mencungkil bakat untuk pelapis
pertandingan inovasi.
iii.
Memberi peluang kepada murid untuk
menghasilkan inovasi.
iv.
Inovasi yang sesuai akan di bawa
untuk pertandingan pada masa hadapan.
v.
Memberi peluang untuk murid
menerangkan inovasi mereka dengan penuh keyakinan.
vi.
Memberi peluang kepada murid lain
untuk menyertai pertandingan inovasi pada masa akan datang.
Modul A
Penerangan dan Pemilihan Topik
Penerangan berkenaan keseluruhan program dan pemilihan topik.
i.
Sesi penerangan berkenaan
keseluruhan program akan diterangkan oleh pihak USM bersama sebilangan guru dan
pelajar yang terlibat.
ii.
Pemilihan topik pula adalah berkenaan
topik yang boleh kita capai dan berada di ruang lingkup SKSI, berdasarkan
pertandingan yang lepas dan juga isu permasalahan dunia pada masa sekarang.
Contoh topik adalah seperti berikut. Setiap kumpulan akan memilih samada salah
satu atau semua kumpulan memilih satu topik untuk difokuskan bersama.
a.
Penjimatan tenaga
b.
Pembelajaran
c.
Pengajaran
d.
Pertanian
e.
Mekanikal
f.
Dsb.
iii.
Untuk mengecilkan topik, kita boleh
pergi kepada perkara yang lebih terperinci seperti
a.
Penjimatan tenaga : Lampu menyala
sepanjang masa di bilik air walaupun tiada orang
b.
Pembelajaran : Untuk menambahkan
semangat pelajar untuk hadir ke kelas
c.
Pengajaran : Untuk menambahkan minat
pelajar dalam aktiviti sains
d.
Pertanian : Penyemburan air secara
automatik apabila tanah sudah kering pada hari minggu (kerana tukang kebun
bercuti pada hari minggu).
e.
Mekanikal : Basuh tangan di sinki
secara automatik.
f.
Dsb. Makmal berorientasikan aplikasi
sains arduino (program).
Modul B
Pencerapan Data
i.
Pemerhatian semasa waktu rehat.
Modul C
Brainstorming
Untuk
menerapkan keyakinan diri kepada pelajar, dan merakan video untuk dikumpulkan
ke dalam channel youtube bahagian kelab inovasi sekolah.
i.
Topik yang dikenal pasti akan dibawa
kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan.
ii.
Perbincangan adalah di antara murid
dan dipantau oleh guru guru.
iii.
Setiap murid perlu menyediakan
lukisan cadangan atau konsep dalam satu kertas A3, mahjong. Setiap konsep yang
dihasilkan perlu meletakkan perkara berikut:
a.
Perlu ada arduino
b.
Bahan bahan untuk prototaip
c.
Masa untuk disiapkan
iv.
Setiap kumpulan diminta untuk
membuat penerangan di hadapan guru guru dan mentor.
v.
Guru guru dan mentor akan memberikan
komen dan pandangan pelajar. Walaupun idea tersebut semestinya sudah ada di
cipta, idea tersebut juga boleh diterima.
Modul E
Prototaip
Prototaip Makmal
i.
Pelajar akan diberi masa untuk
membina prototaip dengan bahan bahan yang ada. Ini adalah untuk memudahkan
“proof of concept” dapat dihasilkan.
ii.
Pada masa yang sama, bahan bahan
yang perlu untuk prototaip yang betul akan dipastikan oleh guru guru dan akan
di beli. (Dalam masa 1 minggu)
Prototaip di luar makmal
i.
Kemudian, prototaip tersebut akan di
aplikasikan di luar makmal selama beberapa minggu. Bantuan guru guru adalah
sangat diperlukan pada waktu ini untuk melibatkan perkara yang tidak dapat di
usahakan oleh murid sendiri seperti contoh penggunaan voltan berkuasa tinggi.
ii.
Pengubahan data di luar makmal
adalah agak mencabar. Oleh itu penggunaan komputer riba untuk mengubah program
di arduino adalah sangat diperlukan.
Modul F
Mengumpul data
Pada
proses ini, setelah prototaip tersebut stabil, dan tiada masalah, seetelah
beberapa minggu dipasang, setiap kelas akan di jemput untuk menghadiri sesi
percubaan.
No comments:
Post a Comment