Galeri 2016

Arduino – Jom Program! Projek!

Untuk projek ini, pihak USM akan menjadi mentor kepada sepanjang program ini seperti yang dipersetujui pada perbincangan bersama Cikgu Norma, Cikgu Fazli, En Zihad dan En Ismail pada 5/1/2016 di SKSI.
Konsep yang akan diterangkan adalah “Inovasi dan Kreativiti di aplikasikan di SKSI”.
Konsep ini akan melibatkan penglibatan pelajar dan guru dalam mengenal pasti isu yang berkenaan dengan topik yang relevan, mencerap dan menganalisis data melalui pemerhatian, membina prototaip di makmal, aplikasi prototaip di luar makmal/ bilik darjah, dan mencerap data. 

Bantuan guru guru untuk memastikan elemen di atas berjalan adalah tersangat penting kerana guru akan menjadi pembimbing sepanjang program ini berlangsung.

Fasilitator 1: Engr Mohamad Zihad Mahmud (PPK Aeroangkasa, USM)

Fasilitator 2: En Ismail Mohamed Shorhami (PPK Aeroangkasa, USM)



2.0 Objektif
        i.            Memperkenalkan arduino kepada murid yang belum pernah menghadiri kelas.
      ii.            Mencungkil bakat untuk pelapis pertandingan inovasi.
    iii.            Memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan inovasi.
    iv.            Inovasi yang sesuai akan di bawa untuk pertandingan pada masa hadapan.
      v.            Memberi peluang untuk murid menerangkan inovasi mereka dengan penuh keyakinan.
    vi.            Memberi peluang kepada murid lain untuk menyertai pertandingan inovasi pada masa akan datang.


Modul A 

Penerangan dan Pemilihan Topik

Penerangan berkenaan keseluruhan program dan pemilihan topik.
        i.            Sesi penerangan berkenaan keseluruhan program akan diterangkan oleh pihak USM bersama sebilangan guru dan pelajar yang terlibat.
      ii.            Pemilihan topik pula adalah berkenaan topik yang boleh kita capai dan berada di ruang lingkup SKSI, berdasarkan pertandingan yang lepas dan juga isu permasalahan dunia pada masa sekarang. Contoh topik adalah seperti berikut. Setiap kumpulan akan memilih samada salah satu atau semua kumpulan memilih satu topik untuk difokuskan bersama.
a.       Penjimatan tenaga
b.      Pembelajaran
c.       Pengajaran
d.      Pertanian
e.       Mekanikal
f.       Dsb.
    iii.            Untuk mengecilkan topik, kita boleh pergi kepada perkara yang lebih terperinci seperti
a.       Penjimatan tenaga : Lampu menyala sepanjang masa di bilik air walaupun tiada orang
b.      Pembelajaran : Untuk menambahkan semangat pelajar untuk hadir ke kelas
c.       Pengajaran : Untuk menambahkan minat pelajar dalam aktiviti sains
d.      Pertanian : Penyemburan air secara automatik apabila tanah sudah kering pada hari minggu (kerana tukang kebun bercuti pada hari minggu).
e.       Mekanikal : Basuh tangan di sinki secara automatik.
f.       Dsb. Makmal berorientasikan aplikasi sains arduino (program).


Modul B

Pencerapan Data

        i.            Pemerhatian semasa waktu rehat.


Modul C

Brainstorming
Untuk menerapkan keyakinan diri kepada pelajar, dan merakan video untuk dikumpulkan ke dalam channel youtube bahagian kelab inovasi sekolah.

        i.            Topik yang dikenal pasti akan dibawa kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan.
      ii.            Perbincangan adalah di antara murid dan dipantau oleh guru guru.
    iii.            Setiap murid perlu menyediakan lukisan cadangan atau konsep dalam satu kertas A3, mahjong. Setiap konsep yang dihasilkan perlu meletakkan perkara berikut:
a.       Perlu ada arduino
b.      Bahan bahan untuk prototaip
c.       Masa untuk disiapkan
    iv.            Setiap kumpulan diminta untuk membuat penerangan di hadapan guru guru dan mentor.

      v.            Guru guru dan mentor akan memberikan komen dan pandangan pelajar. Walaupun idea tersebut semestinya sudah ada di cipta, idea tersebut juga boleh diterima.


Modul E

Prototaip

            Prototaip Makmal
        i.            Pelajar akan diberi masa untuk membina prototaip dengan bahan bahan yang ada. Ini adalah untuk memudahkan “proof of concept” dapat dihasilkan.
      ii.            Pada masa yang sama, bahan bahan yang perlu untuk prototaip yang betul akan dipastikan oleh guru guru dan akan di beli. (Dalam masa 1 minggu)
Prototaip di luar makmal
        i.            Kemudian, prototaip tersebut akan di aplikasikan di luar makmal selama beberapa minggu. Bantuan guru guru adalah sangat diperlukan pada waktu ini untuk melibatkan perkara yang tidak dapat di usahakan oleh murid sendiri seperti contoh penggunaan voltan berkuasa tinggi.
      ii.            Pengubahan data di luar makmal adalah agak mencabar. Oleh itu penggunaan komputer riba untuk mengubah program di arduino adalah sangat diperlukan.


Modul F

Mengumpul data
Pada proses ini, setelah prototaip tersebut stabil, dan tiada masalah, seetelah beberapa minggu dipasang, setiap kelas akan di jemput untuk menghadiri sesi percubaan.


















No comments:

Post a Comment